Al Habib Ali Ridha bin Musa Al Kadhim

Beliau dikenali sebagai salah seorang pernuka dan ulama Ahlil Bait Nubuwah yang besar pengaruhnya di kalangan Syiah. Beliau hidup semasa Khalifah Harun Rasyid. Banyak orang yang menyaksikan karamah beliau. Beliau pernah berkata kepada seorang yang sihat: “Bersiaplah untuk menghadapi kematianmu”. Setelah tiga hari orang tersebut diberitakan meninggal dunia.

Al Hakim meriwayatkan dari Muhammad bin Isa bin Abi HuFaib: “Aku pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. di suatu gedung yang biasa kaum Haji singgah di tempat itu ketika tiba di kota kami. Di gedung itu kulihat ada sebuah piring yang berisi buah kurma. Kulihat Rasulullah memberiku delapan belas buah kurma. Setelah dua puluh hari setibanya dari Madinah Ali Ridha singgah di tempat itu. Penduduk kota kami datang menyambutnya. Akupun datang menemui beliau. Kulihat beliau sedang duduk di tempat yang diduduki oleh Rasulullah seperti yang kulihat dalam mimpiku. Sedangkan di hadapan beliau ada sebuah piring yang berisi buah kurma sama seperti yang kulihat di dalam mimpiku. Kemudian beliau memberiku segenggam buah kurma. Ketika kuhitung jumlahnya sama berjumlah lapan belas buah. Aku berkata: “Tambahkan sedikit lagi”. Jawab beliau: “Jika Rasulullah waktu itu menambahkan pasti aku tambahkan padamu”.

Dalam kitab Al Itihaf Bi-Hubbil Asyraf disebutkan: “Waktu Khalifah Ma’mun, hendak menjadikan Ali Ridha sebagai penggantinya kelak sebahagian bawahan Khalifah Ma’mun tidak senang. Mereka takut kalau kekuasaan itu akan berpindah dari keluarga Banil Abbas kepada keluarga Bani Fatimah. Orang-orang yang tidak setuju itu ingin menunjukkan pembangkangannya pada Ali Ridha. Biasanya jika Ali Ridha hendak masuk ke dalam istana orang-orang yang berada dalam istana akan berdiri untuk memberi salam pada beliau terlebih dahulu. Kemudian mereka membukakan tabir yang memisahkan tempat bersemayamnya khalifah dengan ruangan luar.

Pada suatu hari pegawai-pegawai istana yang tidak senang pada beliau bersepakat untuk tidak berdiri menghormat beliau dan tidak akan membukakan tabir agar beliau tidak dapat masuk ke dalam majlis khalifah. Di suatu pagi ketika pegawai-pegawai istana sedang duduk tiba-tiba datanglah Ali Ridha hendak masuk ke dalam majlis khalifah seperti biasanya. Anehnya waktu Ali Ridha masuk ke ruang itu tidak seorangpun dari mereka yang tidak bangkit untuk menghormatinya dan membukakan tabir. Setelah Ali Ridha masuk ke dalam majlis khalifah mereka saling menyalahkan apa yang telah dilakukan masing-masing. Kemudian mereka bersepakat sekali lagi untuk tidak membukakan tabir jika Ali Ridha datang ke dalam istana. Keesokan harinya waktu Ali Ridha datang seperti biasanya mereka hanya memberi salam saja pada beliau tanpa membukakan tabir. Dengan izin Allah berhembusanlah angin kencang dalam istana sehingga tabir itu tersingkap dan Ali Ridha pun masuk dalam istana dengan aman. Demikian pula waktu Ali Ridha akan pulang berhembuslah angin dari arah dalam menyingkapkan tabir sehingga Ali Ridha dapat melalui dengan santai.

Melihat kejadian itu salah seorang dari mereka berkata: “Sungguh orang ini mempunyai kedudukan tinggi disisi Allah dan ia selalu mendapatkan pertolongan dari Allah. Lihatlah bagaimanakah datangnya angin sekencang itu yang dapat menyingkapkan tabir ketika beliau datang dan pulang. Kerana itu bertaubatlah kamu pada Allah atas perbuatan kamu”.

Alhasan bin Musa Al Khadhim bercerita: “Ketika kami sedang berada di majlis Ali Ridha ada seorang yang bernama Ja’far bin Umar Ali Alawi melalui sedangkan pakaiannya compang-camping dan mukanya kusut. Melihat keadaannya yang sangat menyedihkan itu sebahagian kami ada yang melihatnya dengan pandangan jijik. Ali Ridha berkata: “Dalam waktu dekat orang itu akan kamu lihat dalam keadaan kaya, banyak pelayan yang mengiringkannya dan keadaannya pun akan sedap untuk dipandang”. Belum sebulan dari ucapan beliau, orang tersebut diangkat sebagai gabenor dan kedudukannya pun berubah. la jadi seorang kaya raya, jika berjalan diiringkan oleh seluruh pelayan dan pembesar-pembesar lainnya. Ketika ia berjalan kami bangun untuk rnenghormatnya dan mempersilakannya singgah”.

Musa bin Marwan berkata: “Aku pernah melihat Ali Ridha berada di masjid Madinah sedangkan khalifah Harun Rasyid berkhutbah. Beliau berkata: “Ketahuilah bahawa aku dan ia (Harun Rasyid) kelak akan dikuburkan berdampingan”.”

Hamzah bin Ja’far Al Arjani berkata: “Suatu hari kulihat Khalifah Harun Rasyid keluar dari salah satu pintu Masjidil Haram, sedangkan Ali Ridha keluar dari pintu yang lain. Beliau berkata sambil menunjukkan ucapannya itu kepada Khalifah Harun ar-Rasyid: “Wahai orang yang berjauhan tempatnya dengan aku kelak akan berdampingan dalam kubur, kelak kota Thousia (Iran) akan mendekatkan aku dengannya. Apa yang diucapkan oleh beliau ternyata benar-benar terjadi. Ketika Khalifah Harun sedang dalam suatu perjalanannya untuk berhijad beliau meninggal dekat kota Thousia. Jenazahnya dimakamkan dekat kuburan Ali Ridha di Thousiah”.

Husin bin Yasarah berkata: “Pernah Ali Ridha berkata padaku: “Kelak Abdullah bin Harun Rasyid akan membunuh saudaranya Muhammad bin Harun Rasyid”. Tanyaku pada beliau: “Apakah hal itu akan terjadi?” Jawab beliau: “Ya”. Ternyata apa yang diucapkan beliau benar-benar berlaku.”

Ali Ridha wafat di kota Thousiah (Khurasan) di akhir bulan Safar tahun 203 H.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
| Labels: Alawiyyin

0 komentar: